Thursday, July 24, 2008

AKTIVITI PSS SMKCL




Posted by Picasa

PUSAT SUMBER SMK CHANGKAT LADA


SEJARAH PSS SMK CHANGKAT LADA

Pusat Sumber SMK Changkat Lada telah dibuka pada tahun 1989. Pada ketika itu, SMK Changkat Lada menumpang bangunan sekolah rendah. Pada awalnya PSS hanya diperuntukan sebuah kelas dengan jumlah bukunya hanya 500 buah sahaja. Setelah bangunan sekolah siap pada tahun 1991, keluasan PSS telah bertambah kepada lima kelas dan koleksi bukunya telah melebihi 2,000 buah. Kini, ianya kekal di tempat yang sama dan koleksi buku dan bahan bukan bukunya telah meningkat dari tahun ke setahun.

VISI

Menjadikan SMKCL sekolah terbilang di negeri Perak menjelang 2010.

MISI

Kami warga SMKCL bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang bertaraf dunia dalam bidang:

* Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
* Akademik yang berasaskan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi
mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
* Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan
* Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif
* Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.


OBJEKTIF

* Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik.
* Menggalakkan para pelajar dan guru menggunakan kemudahan PSS supaya pengajaran
lebih menarik dan berkesan.
* Menggalakkan budaya belajar sendiri, budaya membaca, budaya ingin tahu atau bertanya
dalam kalangan pelajar melalui penggunaan bahan di PSS.
* Membantu guru dan pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan
bahan pengajaran dan pembelajaran.
* Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan
pelajar yang berbeza.
* Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja
rujukan serta menggunakan peralatan di PSS.